Apa itu FOREX?
Pasaran Matawang Asing, “The Foreign Exchange market”, lebih dikenali sebagai “FOREX”, atau “Forex” atau “FX” atau “Spot FX” atau biasanya “Spot” adalah pasaran kewangan terbesar di dunia, dengan nilaian anggaran urusniaga sebanyak $2 trillion sehari. Kalau dibandingkan dengan nilaian urusniaga pasaran saham New York yang hanya dalam lingkungan $25 billion sehari, anda dapat lihat betapa besarnya Pasaran FOREX ini. Ia sebenarnya besamaan dengan 3 kali ganda pasaran saham(stocks) dan urusniaga hadapan (futures markets) yang digabungkan.
Apakah yang diniagakan di Pasaran Matawang Asing?
Jawapannya adalah mudah - WANG. Urusniaga Forex adalah proses pembelian satu matawang dan penjualan satu matawang yang lain, yang berlaku dalam masa yang sama. Proses jualbeli ini dilakukan melalui perantaraan broker atau dealer, dan diurusniagakan secara berpasangan (pairs); contohnya British pound dengan US dollar (GBP/USD) atau Euro dollar dengan US dollar (EUR/USD).
Disebabkan kita tidak membeli sesuatu yang nyata dalam bentuk fizikal, ianya sedikit mengelirukan. Andaikan bila anda membeli sesuatu matawang seolah-olah anda membeli saham Negara tersebut. Bila anda membeli matawang Yen, contohnya, anda membeli saham dalam ekonomi Jepun. Ini kerana nilai matawang tersebut adalah berkait secara langsung dengan keadaan semasa and hadapan ekonomi Jepun.
Secara dasarnya, kadar tukaran sesuatu matawang dengan matawang yang lain adalah berkait secara langsung dengan keadaan ekonomi sesuatu negara, dibandingkan dengan ekonomi negara lain.
Berlainan dengan pasaran kewangan yang lain seperti Pasaran Saham New York, pasaran Spot Forex tidak mempunyai lokasi fizikal yang tertentu mahupun pasaran pusat. Pasaran Forex diandaikan sebagai “Over-the-Counter”(OTC) atau pasaran “Interbank” kerana keseluruhan pasaran dilakukan secara elektronik, di dalam rangkaian network bank-bank, berterusan selama 24 jam.
Sehingga akhir tahun 1990an, hanya ‘otai-otai’ yang boleh memasuki pasaran. Ini kerana, pada permulaannya hanya mereka yang mempunyai 10 hingga 50 juta yang boleh berurusniaga di pasaran matawang. Forex, pada permulaannya hanya boleh digunakan oleh bank-bank dan institusi-institusi yang besar – dan bukan untuk kita ‘ikan bilis’. Walaubagaimanapun, dengan meningkatnya penggunaan internet, syarikat urusniaga Forex secara online telah mampu untuk memberikan akaun urusniaga untuk semua, termasuklah ‘retail customer’ macam kita ni.
Apa yang anda perlu hanya komputer, rangkaian internet dan informasi-informasi yang berkaitan dengan urusniaga… tunggu dan baca seterusnya.
Apa itu Pasaran SPOT?
Pasaran Spot adalah pasaran kewangan yang urusniaganya adalah untuk harga masakini (current price)
Apakah matawang yang diurusniagakan?
Matawang yang paling popular adalah seperti di bawah;
Simbol ------- Negara --------- Matawang ------ Nama lain
USD ----------United States ---Dollar -----------Buck
EUR ----------Euro members --Euro ------------Fiber
JPY ----------Japan -----------Yen -------------Yen
GBP ----------Great Britain ----Pound -----------Cable
CHF ---------Switzerland ------Franc -----------Swissy
CAD ---------Canada ----------Dollar -----------Loonie
AUD ---------Australia --------Dollar -----------Aussie
NZD ---------New Zealand ----Dollar -----------Kiwi
Bilakah Matawang Boleh di Urusniagakan?
Pasaran Spot FX adalah unik diantara pasaran-pasaran yang ada di dunia kerana ianya boleh di ekses 24 jam sehari, tiap-tiap hari. Dalam masa tertentu, di dunia ini sekurang-kurangnya satu pusat kewangan akan di buka untuk bisnes, bank-bank dan institusi-institusi yang lain akan melakukan pertukaran matawang setiap jam, siang dan malam. Proses ini hanya terhenti seketika pada hujung minggu.
Anda boleh berurusniaga pagi, petang ataupun di tengah malam buta.
Time Zone ----------New York ---------GMT
Tokyo Open ---------7:00 pm ----------0:00
Tokyo Close ---------4:00 am ----------9:00
London Open --------3:00 am ----------8:00
London Close --------12:00 pm ---------17:00
New York Open -----8:00 am ----------13:00
New York Close -----5:00 pm ----------22:00
1. Resepi Rahsia Untuk Bisnes Terulung
Di bawah adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bisnes terulung
1. Anda
2. Komputer
3. Rangkaian internet
4. Meja dan kerusi
Itu sahaja!! Tidak perlu pekerja-pekerja. Tidak perlu iklan. Tidak perlu menghubungi sesiapa. Tidak perlu menyimpan inventori.
Bayangkan perniagaan yang hanya memerlukan anda, komputer anda, dan rangkaian internet sahaja?! Itu saja yang anda perlukan untuk berniaga di pasaran matawang asing!!! Dalam lain perkataan….
Peniaga FOREX yang berkemahiran mampu memperolehi KEUNTUNGAN YANG BESAR setiap bulan, minggu, mahupun hari. (Atau, sebaliknya peniaga FOREX yang tidak mahir berkemungkinan menanggung KERUGIAN YANG BESAR)
RAHSIA cara-caranya seperti berikut...
1. Jalan beberapa langkah dan
2. Duduk di hadapan komputer anda
3. Hidupkan komputer anda dan pastikan rangkaian internet anda dipasang dengan baik
4. Lihat graf and buka platform urusniaga.
5. Jual atau beli matawang
6. Buat duit!!!
YAHOO!! Anda telah belajar cara untuk membina Bisnes Terulung.
OK, ianya tidak semudah ABC, tapi anda sudah pasti mendapat sedikit gambaran mengenainya.
1. Anda
2. Komputer
3. Rangkaian internet
4. Meja dan kerusi
Itu sahaja!! Tidak perlu pekerja-pekerja. Tidak perlu iklan. Tidak perlu menghubungi sesiapa. Tidak perlu menyimpan inventori.
Bayangkan perniagaan yang hanya memerlukan anda, komputer anda, dan rangkaian internet sahaja?! Itu saja yang anda perlukan untuk berniaga di pasaran matawang asing!!! Dalam lain perkataan….
Peniaga FOREX yang berkemahiran mampu memperolehi KEUNTUNGAN YANG BESAR setiap bulan, minggu, mahupun hari. (Atau, sebaliknya peniaga FOREX yang tidak mahir berkemungkinan menanggung KERUGIAN YANG BESAR)
RAHSIA cara-caranya seperti berikut...
1. Jalan beberapa langkah dan
2. Duduk di hadapan komputer anda
3. Hidupkan komputer anda dan pastikan rangkaian internet anda dipasang dengan baik
4. Lihat graf and buka platform urusniaga.
5. Jual atau beli matawang
6. Buat duit!!!
YAHOO!! Anda telah belajar cara untuk membina Bisnes Terulung.
OK, ianya tidak semudah ABC, tapi anda sudah pasti mendapat sedikit gambaran mengenainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



